::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Wednesday 6 April 2016

::Senangnya Menghabiskan Duit::

Assalamualaikum..
Senangnya orang menghabiskan duit.
Sehari boleh habis RM100 uols??
Kalau beli benda yang berfaedah tak pe jugak.
Ni beli benda yang bukan-bukan.
Benda yang tak boleh dimakan pi beli.
Dah tau kat rumah stok barang de banyak lagi, boleh lak pi beli lagi.
Alasan sebab murah!!
Mudahnya berbicara.
Maklumlah gaji awak RM10k sebulan!!
Saya ni, hidup menumpang.
Mengharapkan duit mak ayah yang tak bekerja.
Nak dapat 20 sen sehari pun susah.
Hampir setiap malam saya tak dapat tidur lena.
Otak ligat berfikir, macam mana cara nak cari pendapatan.
Elok-elok kerja, terpaksa berhenti sebab ayah sakit.
Sape lagi nak jaga ayah, kalau tak saya.
Dah ar gaji dulu pun tak seberapa.
Nak bayar hutang kereta ( dibeli tanpa kerelaan) Sebagai anak kita tak layak membantah.
Hutang kereta dah tertunggak, hutang PTPTN apatah lagi.
Pening kepala nak memikirkannya.
Hopefully saya akan dapat pekerjaan lain dalam masa terdekat.
Tak tahan dah rasanya hidup mengharapkan ehsan mak ayah.
Doakan saya ye sahabat-sahabat blogger.
Kepada yang sudi membeli barang yang saya jual, terima kasih banyak-banyak.
Hanya Allah dapat membalasnya.
Maaf atas segala kesulitan sepanjang berjual beli

3 comments:

  1. hope you beroleh pekerjaan soon Aamiin..

    in the mean time maybe you boleh buat business like design logo atau business badge. promo kat blog and Facebook.

    just don't give up

    if you have an Instagram account cuba follow ig ne - propslicious_bn mungkin you can try buat business like hers..

    ReplyDelete
  2. sabarlah dear. mgkin ada hikmah nye.
    boleh try tgk entri bru MG td kalau minat nk buat dropship brg kecantikan.. medium use blog boleh personal fb pun boleh ..

    semoga dipermudahkan urusan kita.



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete
  3. Tq atas segala doa dan komen anda. Saya tengah menunggu panggilan temuduga. Harap-harap dpt keje semula.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa