::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday 1 February 2016

::Tak Ada Logika::

Assalamualaikum..
Agak lama jari jemari ini tak menaip entry baru.
Bila korang tengok tajuk entry ni mesti korang ingat Eira nak tulis lirik lagu Tak Da Logika dari Agnes Monica kan?
Sebenarnya eira nak tulis berkenaan satu cerita yang terjadi pada 14 Januari lepas.
Sampai sekarang Eira masih sukar nak mempercayai apa yang telah terjadi.
Kejadian ni berlaku pada petang Khamis, malam Jumaat. Waktu tu, Eira dan adik on the way nak balik rumah. Selalunya kami sampai awal kat rumah.
Tapi disebabkan adik Eira nak gi pesan kek birthday untuk kawan dia, kami tiba agak lewat.
Tambahan pula kereta yang Eira pandu berada di belakang lori tanah.
Memang kena pandu slow je lah.
Tiba di satu selekoh, kat kawasan perumahan yang dikenali sebagai Crystal Heights, lori di hadapa Eira bagi signal nak masuk kanan.
Eira pun terus potong kiri di sebelah lori.
Sempat gak ar Eira cakap kat adik.
"Lori ni nak masuk gi mana erk? Bukan ada jalan masuk pun. Jalan masuk kan dah terlepas."
Adik Eira lak jawab, "Mungkin dia nak ambil jarak nak masuk kot. Takut tak lepas nak belok."
"Ye lah kot. Tapi adik nampak kan lori tu, bukan kakak sorang je yang nampak kan?"
Eira bertanya kat adik.
"Adik pun nampak lah."
"Bukan apa, kakak takut benda lain je. Dah waktu senja kan. Tempat ni dah la keras."
Selesai je Eira berbicara, bulu tengkuk mula rasa meremang.
Bila sampai kat kawasan traffic light depan Masjid Ridhwaniah Sungai Batu, Eira dapat dengar de orang buka pintu kereta Eira.
Tapi kereta still terkunci.
Eira boleh dengar dengan jelas bunyi deruan motorsikal dan kereta.
Mustahil boleh dengar dengan jelas, kecuali kalau kita buka tingkap kan.
Sampai je kat kawasan flat rumah Eira, baru Eira perasan tanda pintu tak tertutup rapat de kat dashboard meter kereta.
Memang pelik sangat, sebab pintu semua Eira dah lock dari kedai kek tadi.
Eira terus cerita kat adik pasal orang buka pintu kereta tadi.
Adik pun terkejut dan beristighfar panjang.
Alhamdulillah, Eira bersyukur sangat sebab sampai rumah dengan selamat.
Walaupun de gangguan dalam kereta.
So kepada korang yang memandu pada waktu malam di kawasan yang kerap berlaku kemalangan, jangan lupa banyakkan selawat dan ingat pada Allah.
Jangan biar 'mereka' menguasai fikiran kita.

Ni gambar tempat kejadian. Waktu lori nak belok ke kanan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa