::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday 28 March 2013

::Review Novel Cinta Kau Dan Aku::



Dah lama sebenarnya..
Eira nak review pasal novel2 favourite Eira..
Baru ari ni berkesempatan nak mencoret..
So di malam bulan purnama ni..
Eira nak review novel Cinta Kau Dan Aku
Novel ni merupakan novel kedua..
Hasil karya novelis kesukaan Eira..
Siti Rosmizah..

Novel setebal 679 muka surat ini..
Diterbitkan oleh Buku Prima dan Cetakan Pertama tahun 2009..
Ni gambar muka depannya..
Ni gambar Eira amik sendiri tau..
Eira dah lama beli novel ni..
Kulit buku dah naik lusuh..
Sebab terlampau rajin sangat baca..
Hehehe
So..
Pada yg belum dapatkan novel ni..
Sila lah dapatkan di kedai2 buku yg berdekatan..
Tak pun..
Korang boleh beli online kat website ni..
Jom kita baca sinopsis novel ni..
Novel ni mengisahkan tentang Nur Farisya Imani..
Gadis muda yg berusia 20 tahun dan memegang jawatan sebagai driver..
Kepada Farish Hakimi..
Sifat sempoi Farisya telah mencuit hati Farish..
Farish telah menyipan perasaan untuk memperisterikan Farisya..
Dengan bantuan ibu Farisya, akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri..
Tapi panas yg disangka hingga ke petang..
Tiba2 dicurahi hujan di tengahari..
Farish dan Farisya akhirnya bercerai..
Setelah ditabur fitnah oleh Suraya, bekas tunang Farish & Farah, adik Farish..
Farisya pula mengalami keguguran..
Selepas bercerai, Farisya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti..
Di situ, dia bertemu semula dengan Cikgu Zul..
Akhirnya, Farisya & Cikgu Zul bakal berkahwin..
Tapi.. Belum sempat Farisya mengecapi kebahagian..
Cikgu Zul pergi menemui Illahi..

Nak tahu apa kesudahannya..
Cepatlah dapatkan novel ni k..
Tak pun..
Korang boleh tengok drama Cinta Kau Dan Aku
Kat RTM 1..

Jom kita jengah watak2 dalam drama adaptasi ni..
Nur Farisya Imani => Sara Ali
Farish Hakimi => Fizz Fairuz
Cikgu Zul =>Fazreen Rafi
Suraya => Dynas Mokhtar (masa baca, memang dah bayangkan muka Dynas)
Farah => Mardiana Alwi
Zamilah => Shakila Khoriri
Zack => Syawal (memang kena dengan watak)
Mak Timah ( Ibu Farisya) => Khatijah Tan ( memang sesuai)

Kepada peminat2 novel Cinta Kau Dan Aku
Jangan lupa saksikan drama ni..
Setiap hari Khamis & Jumaat..
Jam 10 malam..
Di RTM 1 (TV1)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa