::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Wednesday, 18 October 2017

::Wordless Wednesday~18.10.2017::




Tuesday, 17 October 2017

::Telur Je::



Hai uolss..
Lama betul entry ni tertunggak..
Korang dah lunch ke?
Makan apa je tu??
Menu Eira selalu sama je..
Sarapan➡️Segelas Chia Seeds
Minum Pagi ➡️ Telur Rebus
Makan Tengahari ➡️Sayur + Telur Goreng
Minum Petang ➡️Biskut Oat
Makan Malam ➡️ Biskut Kering

Telur je??
Kenyang ke??
Kenapa banyak makan telur?
Tak jemu ke??



Ni antara soalan-soalan yang kerap ditanya.
Jemu, memang jemu..
Tapi itu antara menu diet dan lauk yang mampu dibeli oleh orang yang tak bergaji tetap macam Eira.
Bersyukur je lah atas apa yang diberi.
Sekurang-kurangnya masih gak dapat menjamu selera 😊.
Jom kita tidur dulu.
Nanti baru sambung buat kerja.
Terpaksa tanggung kerja orang lagi..😖
Korang, nanti tolong klik ye Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta.
Jenuh fikir nak cari duit lagi..
Tq tau uolss yang klik tu..
Hanya Allah dapat membalas jasa baik korang 😘



Sunday, 8 October 2017

:: Peruntukan Belum Masuk::



Selamat berhujung minggu.
Entri ni ditulis sekadar luahan isi hati.
Seronok tengok orang lain dah dapat gaji bulan September & tak lama lagi gaji bulan Oktober pula (Deepavali).
Tapi kami ni masih menggigit jari menanti gaji yang tak masuk-masuk (kitorang panggil elaun).
Alasan sebab tak masuk gaji, PERUNTUKAN TAK ADA.
Allahuakbar!!
Rasa macam batu menghempap bahu bila dengar dari pihak kewangan.
Sebelum ni, tak pernah berlaku masalah macam ni.
Tapi, sejak nama jabatan bertukar & ditukar ke bawah Kementerian lain, masalah begini kerap timbul.
Kami pun ada tanggungjawab masing-masing.
Nak kena bayar duit kereta, rumah, bil-bil bagai.
Kalau yang dah bekeluarga, lagilah kesian.
Nak kena beli susu anak, belanja ke sekolah.
Semua tu memerlukan DUIT.
Ni situasi yang Eira hadapi.
Mak: Kakak, beras dah habis. Nanti tolong beli tau.
Eira: Ok mak. Nanti dapat elaun, kakak beli.
Mak: La, elaun tak dapat gi ke?
Eira: Belum. Depa kata peruntukan tak masuk lagi.
Ayah: Pi cari kerja lain. Susah kerja macam ni!!
Terus air muka mak & ayah muram.
Luluh hati Eira.
Nak beli beras pun tak mampu.
Baru beli sepapan telur.
Tu pun pinjam duit adik.
Takkan nak harapkan adik je.
Dia pun nak guna duit gak.
De lak mulut-mulut puaka yang cakap.
"Eh, hang kan meniaga online. Takkan tak dak duit kot.."
Korang ingat, orang meniaga ni semua kaya ke?
Memang jual banyak produk, tapi kalau orang tak beli, tak dapat untung gak.
Duot modal niaga pun, dah habis belanja semua.
Gara-gara elaun tak masuk lagi.
Duit keuntungan lak, Eira terpaksa simpan untuk bayar duit roadtax kereta.
Kalau guna duit tu, jenuh lak nak kumpul balik.
Memandangkan peruntukan ni pun tak tau bila nak dapat.
Harapan Eira & teman senasib, cuma satu je.
Harap pihak atasan dapat mengatasi masalah ni.
Bukan tiap-tiap bulan kami terpaksa menunggu.

Sekian luahan hati 😢

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa